|
Halaman Utama > Catatan oleh H.E. Dr Makio Miyagawa, Duta Luar Biasa Berkuasa Penuh Jepun, Pada Resepsi Hari Lahir Seri Paduka Baginda Maharaja |
Catatan oleh H.E. Dr
Makio Miyagawa, Duta Luar Biasa Berkuasa Penuh Jepun,
Pada
Resepsi Hari Lahir Seri Paduka Baginda Maharaja
|
4hb Disember 2014
Bahasa Malaysia Baginda dilahirkan pada 23 Disember 1933 di Istana Diraja di Tokyo. Masa itu bergelora dan suram di dalam dan di luar Jepun, politik dan ekonomi. Dunia berada di persimpangan yang kritikal. Seperti awan gelap telah tergantung di atas kita, rakyat Jepun bergembira dengan berita kedatangan anak yang pertama dalam keluarga diraja yang telah menghalau perasaan kemurungan dan muncul sebuah sinar harapan. Pada usia 55 tahun, Baginda mewarisi takhta pada 7 Januari 1989, sebagai Maharaja Jepun yang ke 125 dengan keturunan yang berterusan lebih daripada 2600 tahun dari Maharaja yang pertama. Apabila saya dilawati oleh Seri Paduka Baginda sebelum saya ke Malaysia Mac lalu, Baginda menceritakan kenang-kenangan jelas beliau melawat Malaysia tiga kali, pada tahun 1970, 1991 dan pada tahun 2006. Dengan lawatan dua hala oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke Jepun, hubungan mesra telah lama terbina antara Keluarga Diraja Jepun dan Malaysia. Persahabatan yang berkekalan dan hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara dan rakyat adalah hasil hubungan yang akrab daripada keluarga diraja. Semakin lama saya tinggal di Malaysia, semakin saya mengagumi iklim tropika dan hospitaliti dan kebaikan rakyat Malaysia. Peningkatan jumlah penerbangan langsung antara kedua-dua negara, serta pengecualian visa untuk pelawat Malaysia ke Jepun, telah membolehkan lawatan dua hala melonjak naik secara mendadak. Negara kami mengalu-alukan pelawat Malaysia. Pelancong kami terpesona dengan Malaysia, "truly Asian". Dengan hubungan perdagangan yang kuat, kami berkembang menjadi pelabur yang terbesar, Dasar Pandang Ke Timur berkembang, serta kerjasama keselamatan di sisi, kepercayaan saya tentang hubungan berterusan antara Malaysia dan Jepun tidak akan malap. Hati dan fikiran kami masih bersama rakyat Malaysia, berada dalam kesedihan yang mendalam di atas dua peristiwa tragis Syarikat Penerbangan Malaysia. Industri kami sentiasa berbesar hati untuk menyertai dalam usaha anda untuk membangunkan infrastruktur, kepada teknologi tinggi yang maju dan mengembangkan industri perkhidmatan, serta menyokong aspirasi matlamat anda pada tahun 2020. Penyertaan Malaysia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa dari tahun depan adalah sangat memuaskan kepada kami, dan disambut mesra dengan harapan yang tinggi oleh kerajaan kami. Dalam satu siri mesyuarat ASEAN berkaitan tahun depan, jawatan pengerusi untuk Malaysia akan disokongan sepenuhnya oleh Jepun. Saya menutup ucapan saya dengan berdoa bersama-sama dengan anda agar Maharaja panjang umur dan sentiasa memberkati Jepun dan Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga mengucapkan selamat menyambut tahun 2015. Saya berharap anda berhibur malam ini. Terima kasih. |