|
Halaman Utama > "Masa Depan Asia" Persidangan Antarabangsa ke-20 Ucapan Perdana Menteri Abe |
"Masa Depan Asia" Persidangan Antarabangsa ke-20
|
22 Mei 2014 Mengimbas kembali, dalam 20 tahun ini, Asia dilanda dengan pelbagai kesusahan. Pada akhir 1990-an, berlakunya krisis ekonomi dan pada tahun 2008, berlakunya penguncupan ekonomi global. Dalam pada itu, berlakunya tsunami, gempa bumi yang besar serta taufan besar. Segala-galanya, semua telah dapat diatasi kerana kekuatan Asia dan ia adalah pencapaian Asia. KDNK per kapita untuk seorang pada tahun 1995, kini menjadi empat kali ganda di Laos. Manakala di Mongolia dan Vietnam adalah enam kali ganda. Asia adalah sinonim bagi perkataan pembangunan pesat. Ia adalah nama lain buat tenaga ke hadapan. Saya percaya akan hari ini daripada esok dan esok pula akan lebih cerah daripada hari ini. Boleh saya katakan di sini ia adalah simbol harapan dan impian. Selama 20 tahun, kita tetap mara ke depan dan tidak berhenti daripada terus berjalan ke hadapan dalam menghadapi pelbagai ujian dan kesusahan. Dengan pencapaian Asia ini, bukankah kita yang berada sebelah-menyebelah antara satu sama lain pada malam ini sepatutnya berasa sangat gembira. Walaupun Asia sedang dalam kemajuan yang pesat, namun malangnya, negara saya iaitu Jepun adalah terkecuali. Anak muda yang berumur 20 tahun dulu, kini berumur 40 tahun dan bekerja dengan produktif serta sedang di tengah-tengah membesarkan anak-anak. Dari segi itu, tidak ada perbezaan di antara mereka yang berusia 40 tahun di Jepun dan mereka yang berusia 40 tahun di Indonesia. Walau bagaimanapun, mereka yang berusia 40 tahun di Indonesia mempunyai tindak balas pertumbuhan. Ia merupakan sebuah negara yang sudah berkembang kerana KDNK per kapita buat seorang adalah 3.4 kali ganda. Sebaliknya, bagaimana pula dengan mereka yang berusia 40 tahun di Jepun. Mungkin mereka yang berumur bawah 40 tahun kini kurang merasakan kegembiraan dan hubungan pertumbuhan. Mungkin mereka merupakan generasi yang berlainan. Generasi yang bertanggungjawab untuk masa depan Jepun, harapan dan perkembangan pesat, kebanggaan dan kuasa, serta sebagai salah satu ahli Asia yang melambangkan impian, saya berharap mereka bersedia dengan penuh keyakinan untuk mara ke depan. Saya ingin menjadikan mereka sebagai generasi yang mempunyai kepercayaan dan sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri di samping mempunyai impian serta harapan. Itu adalah tanggungjawab kami sebagai ahli politik. Sebagai Perdana Menteri, bagi saya ia merupakan satu misi yang lebih penting daripada perkara-perkara lain. Ya, sesungguhnya saya percaya sama sekali. Sekarang, apa yang saya beritahu anda semua ialah saya dan kabinet saya bekerja demi memulihkan ekonomi Jepun. Ia merupakan motif utama kami. Saya beritahu kepada anda semua bahawa pembaharuan sedang bergerak ke hadapan. Setahun yang lalu, semasa saya bercerita tentang perkara ini di sini, zon strategi negara masih di peringkat idea kini telah berpindah ke peringkat pelaksanaan. Monopoli kuasa elektrik serantau yang berterusan selama 60 tahun dapat dikalahkan sepenuhnya hanya sebelum Sukan Olimpik datang ke Jepun. Pembaharuan sistem penjagaan kesihatan sudah pun dimulakan. Pembaharuan pertanian juga sedang dijalankan. Sejajar dengan era baru, cara kerja baru dan sistem tenaga buruh juga sedang kami jalankan kajian. Kami ingin menjadikan Jepun sebagai tempat yang mudah untuk orang luar yang berkeupayaan memainkan peranan mereka dengan lebih aktif. Pembaharuan cukai korporat juga dijalankan dengan lebih cepat. Mekanisme tadbir urus korporat juga telah banyak berubah. Kemudian, mengenai dana pencen terbesar di dunia iaitu GPIF yang memiliki aset di bawah pengurusan yang melebihi 1.2 trilion dolar, transformasi melihat ke hadapan sedang dijalankan. Keterbukaan adalah perlu untuk membuka negara ini. Perkara-perkara baru dan sukar, perlu ditangani dengan menanamkan semangat menghadapi risiko tanpa rasa takut. Kemudian produk baru, yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa, inovasi dalam mencipta sebuah organisasi mahupun perkhidmatan. Semasa saya memulakan rejim ini, saya telah memberitahu tentang tiga perkara inilah yang menjadi kunci kepada pembangunan semula Jepun. Pada bulan depan, Abenomikusu akan dipertingkatkan secara penuh menerusi anak panah ketiga, satu program khusus akan dikeluarkan. Demikianlah 3 petunjuk yang telah saya sebutkan. Ketiga-tiganya berfungsi sebagai prinsip pengajaran. Saya sentiasa ingin menjadikan generasi muda di Jepun berada dalam keadaan yang sihat. Dengan itu, setelah memegang jawatan selama kira-kira 500 hari sebagai Perdana Menteri, sekali lagi sukan Olimpik dan sukan Paralimpik dapat diadakan di Jepun. Ini merupakan perkara yang sangat menggembirakan. Jika anda bekerja keras dan rajin dalam mengerjakan sesuatu, pasti kan ada perkara yang baik. Sesungguhnya, setiap usaha pasti akan mendapat ganjaran. Bercakap tentang Asia, ia masih lagi dipercayai sebagai kawasan miskin daripada enjin pertumbuhan. Dengan bergantung kepada keyakinan, melihat kembali setengah abad yang lalu apabila upacara api Olimpik telah diadakan di Tokyo. Semangat serta kepercayaan bahawa setiap apa yang dilakukan pasti dapat dilakukan dengan jaya orang Jepun pada masa itu meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa saya. Saya adalah salah seorang daripada orang-orang yang menjadi matang dan dewasa. Dengan semangat "hendak seribu daya" yang pernah dimiliki oleh generasi muda di Jepun, saya mahu mengembalikan semula keyakinan mereka. Semakin lama saya berfikir semakin saya mahukan Tokyo untuk menyeru sukan Olimpik sekali lagi. Mujurlah, dengan sokongan yang hangat daripada semua telah menjadikan Tokyo sebagai tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020 serta sukan Paralimpik. Daripada warna kelabu yang malap, dengan ini warna buat masa depan mungkin telah bertukar menjadi warna yang agak cerah sedikit. Ya, saya kini menjadi lebih optimistik. Saya mahu anda semua melihat perubahan Jepun pada masa akan datang. Sebagai contoh, tidak kira pusat perniagaan Tokyo, pusat kewangan, seluruh kawasan dari Marunouchi sehingga Otemachi dan Nihonbashi lebih dari Marunouchi akan berubah wajah mulai sekarang. Persiaran indah yang dipenuhi dengan pokok-pokok akan menembusi pusat bandar. Di sana, selain daripada orang-orang yang datang untuk membeli-belah dan makan, ahli perniagaan termasuk lelaki dan perempuan dapat turut serta dalam menjadikan tempat tersebut lebih meriah. Langit biru di Tokyo adalah paling biru dan pada musim ia jelas kelihatan, di sana sini terdapat kafe terbuka di mana ramai pelancong luar serta pekerja yang datang untuk bersantai. Manakala alat penulenan air yang besar di tingkat bawah tanah bangunan, membolehkan pengedaran air parit Istana Imperial dan pada waktu yang sama membersihkan air tersebut. Dengan berbuat demikian, longkang bersih, emas dan perak serta Ikan kap sutera yang berenang dalam air di bawah kilauan cahaya mentari menjadikan ia satu tempat untuk bersuka ria. Dengan ini, sebagai bandar perniagaan serta pusat kewangan yang tiada persamaan dengan kawasan-kawasan lain di dunia, ini menjadikannya satu sudut dengan air serta kehijauan yang menyenangkan hati. Impian berkembang. Jadi, saya menyentuh tentang berita baik ini. Di antara beberapa bandar antarabangsa, Tokyo berada tempat pertama sebagai bandar yang menarik sumber tenaga mahir dan menjadi pengukur kepada samada kreativiti dapat dilahirkan atau tidak. Dari segi "pengangkutan awam", “teknologi” dan "impak antarabangsa" pula, dalam markah keseluruhan yang diukur dengan skala 10 dalam 135 bandar yang dikaji selidik, secara keseluruhannya, Tokyo berada di tangga teratas. Ia adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Sekolah Perniagaan IESE di Sepanyol. Tempat kedua ialah London, tempat ketiga ialah New York, diikuti dengan Zurich, Paris, Geneva dan Basel. Osaka pula menduduki tempat kelapan. Saya berasa amat bersukacita dengan penilaian tinggi yang diterima. Walau bagaimanapun, saya menerimanya sebagai galakan untuk "jadi, berusaha". Bandar yang dibuka ke luar ini, orang-orang yang kurang upaya serta pasangan suami isteri muda yang bertungkus lumus membesarkan anak, orang-orang dari negara luar yang datang mencari kerja, dengan perasaan tinggal disini sememangnya bagus, dengan dorongan bandar dan negara yang dianggap sebegitu rupa, saya telah memutuskan untuk menerimanya sebagai dorongan. Apa yang paling penting dengan menjadikan negara lebih terbuka, ia membolehkan pertumbuhan Asia sebagai hak milik sendiri, dengan pengulangan dan penambahan usaha-usaha, ianya membawa kepada satu jalan besar yang menyambungkan masa depan. Demi menjayakan pembaharuan Jepun, pemangkin yang tidak pernah ada sehingga kini perlu diperkenalkan. Tindak balas kimia di setiap sudut adalah perlu. Salah satu daripadanya ialah dengan pembukaan ekonomi. Dari idea itu, tujuh tahun lalu, apabila saya memegang jawaatan dalam pentadbiran, saya telah menghubungkan antara negara-negara ASEAN10 dengan EPA Jepun. Rundingan yang berterusan selama 7 tahun itu mungkin tidak dapat dilaksanakan dan ramai yang putus asa Jepun dan EPA Australia, pada bulan lepas saya dan Perdana Menteri Abbott mencapai kata sepakat dalam perjanjian. Kini, dengan harapan besar kami mengamanahkan TPP. Dengan pasaran yang luas dan kaedah-kaedah pasaran yang dinamik yang dibangunkan oleh demokrasi dan industri yand dimiliki Jepun, ia merupakan tanggungjawab Jepun. Rundingan kali ini pula membawa momentum dimensi yang berbeza sehingga kini. Seterusnya di masa depan TPP pula, cabaran seperti RCEP serta FTAAP tidak diperbincangkan. Saya rasa sekarang masanya sudah tiba untuk Jepun membuat langkah Saya tidak ragu-ragu untuk mempercayai bahawa ia adalah jalan khusus untuk Jepun. Ketika berada di daerah kewangan di London bulan lepas, saya memperkenalkan Amanah dan Perbankan Nomura dan Mizuho Financial Group sebagai contoh, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengerusi Lembaga Pengarah dipegang oleh wanita. Syarikat yang membenarkan pekerja-pekerja lelaki yang mempunyai bayi baru lahir membenarkan mereka mangambil cuti menjaga anak mula muncul. Saya berharap Jepun menjadi masyarakat di mana kaum wanita cemerlang dan mula berubah. Dalam mengejar kerjaya dan keseronokan menjaga dan membesarkan anak dapat dirasai oleh pasangan muda lelaki dan perempuan. Saya dan kerajaan saya berharap perubahan akan berterusan. Asia adalah kata sinonim bagi kemajuan, ia juga nama lain bagi pencapai tersohor. Jepun mempunyai peranan yang harus dijayakan demi menjadikan Asia lebih kaya dan lebih bebas, kreativiti individu diperlukan. Untuk menjadikannya sebagai realiti, caranya adalah Abenomikusu. Oleh itu, saya tidak merasa gerun terhadap kesukaran dan tidak berasa takut terhadap pembaharuan. Tambahan lagi saya sering membetulkan maruah pada setiap masa, dengan mendengar suara-suara orang ramai dengan merendah diri, saya akan terus berjalan. Akhir sekali, itulah janji saya. |