| Japanese (日本語)
Halaman Utama > Jepun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB)- Ucapan Perdana Menteri Shinzo Abe di Persidangan ke-17 Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu.
                       Ucapan Perdana Menteri Shinzo Abe di Persidangan ke-17 Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu
29 September 2015

Bahasa Malaysia
New York

1.

Tuan Presiden, Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, yang menyambut ulangtahun ke-70 penubuhannya tahun ini, merupakan satu perhimpunan manusia yang tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi keadaan yang terdesak. Bukankah itu menunjukkan secara tepat bagaimana PBBB mengatasi kesukaran dan bertahan hingga ke hari ini?

Virus Ebola telah merebak secara meluas. Ekstremis telah berleluasa. Dan sekarang kita dapat perhatikan sejumlah besar pelarian yang sedang berusaha melarikan diri daripada ketakutan, walaupun berisiko kepada nyawa mereka.

Marilah kita bersama-sama mengharungi apa sahaja cabaran yang tiba , di bawah naungan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Dan biarkan setiap Rakan Negara menyelesaikan perjuangan ini dengan keupayaan khusus mereka sendiri.

Jepun mempunyai sejarah dalam membantu pembangunan negara di pelbagai tempat. Kami mempunyai pengalaman dalam membangunkan sumber manusia, menawarkan yang terbaik dalam bantuan kemanusiaan dan menegakkan hak wanita. Sekarang lebih – lebih lagi, Jepun berharap untuk menawarkan pengalaman yang berharga itu, tanpa had.

Jepun akan meluaskan lagi bantuan untuk pelarian dan Internally Displaced Persons (IDPs) dari Syria dan Iraq. Dari segi kewangan, bantuan tahun ini dianggarkan berjumlah 810 juta US Dollar, tiga kali ganda daripada jumlah yang kami sumbangkan pada tahun lepas.

Di Lubnan, kami akan memperuntukkan 2 juta US Dollar sebagai langkah bantuan baru. Kami akan memanfaatkan ini untuk memberi momentum kepada kerjasama antara bantuan kemanusiaan dan bantuan pembangunan.

Kami akan memperbaharui peruntukan yang dianggarkan 2.5 juta US Dollar dalam bantuan kemanusian untuk negara - negara jiran Kesatuan Eropah yang sedang bergelut dengan penerimaan pelarian dan imigran, seperti Republik Serbia dan bekas Yugoslavia Republik Macedonia.

Setiap bentuk bantuan ini adalah tindakan kecemasan  yang boleh dilaksanakan oleh Jepun. Tetapi pada masa yang sama, prinsip kami tidak berubah iaitu berikhtiar sepanjang masa untuk kembali kepada punca masalah dan memperbaiki keadaan.

Dalam usaha untuk membawa kestabilan di dalam kehidupan harian rakyat Iraq, sistem pembekalan air dan pembentungan mestilah boleh dipercayai. Di samping usaha – usaha ini, Jepun sedang membuat persediaan bantuan yang dianggarkan berjumlah 750 juta US Dollar untuk membantu kecapi keamanan dan memastikan sepenuhnya keamanan ini merentasi Asia Timur dan Afrika.

Saya berharap untuk melihat secara langsung bahawa di sebalik pelarian ini, kita dapat melihat sejumlah besar manusia yang tidak berupaya walaupun untuk melarikan diri dan menjadi pelarian.

Dalam usaha membangunkan semula negara – negara yang telah musnah dan melakukan perubahan sehingga ianya menjadi tempat dimana rakyatnya boleh memperolehi kebahagiaan semula, kelihatan seperti jalan yang melencong, tetapi menggalakkan keupayaan setiap manusia dan membentuk kemampuan setiap orang dari peringkat akar umbi untuk melawan ketakutan dan kekurangan, sebenarnya adalah satu jalan pintas.
Kepercayaan ini telah menjadi polisi Jepun dalam menilai peruntukan pendidikan dan kesihatan, dan mensasarkan untuk membina kekuatan wanita pada semua peringkat umur secara khususnya.  Polisi ini bertujuan untuk memastikan sepenuhnya “keselamatan manusia”.
Saya berasa sangat senang hati di atas usaha – usaha tersebut yang menghargai setiap individu telah dimasukkan di dalam matlamat pembangunan yang baru oleh komuniti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

2.

Jepun berharap untuk membentuk persekitaran di mana para ibu dan bayi mereka hanya mengharapkan tumbesaran yang sihat untuk anak – anak mereka.

Apabila memikirkan hal tersebut, saya telah melihat gambar yang menunjukkan kandungan sebuah beg yang di bawa oleh seorang pelarian wanita.
 
Apakah yang dimasukkan oleh seseorang ke dalam beg yang dibawa ketika melarikan diri  dari kesusahan?

Aboessa, seorang wanita yang berusia 20 tahun telah merentasi Lautan Mediterranean menggunakan rakit getah, hanya mampu membawa sedikit sahaja barangan ketika beliau melarikan diri dari kem pelarian Palestin di bahagian selatan Damascus.

Kesemua yang kelihatan di dalam gambar tersebut adalah untuk anak perempuannya yang berusia 10 bulan; persalinanan stoking yang bersih; topi; sebalang makanan bayi. Tetapi apabila saya melihat gambar tersebut, mata saya telah terpaku kepada sesuatu yang kelihatan seperti sebuah buku nota.

Apabila dilihat dengan penuh teliti buku nota tersebut yang dibalut dengan kemas di dalam plastik untuk dilindungi dari basah terkena air, ianya adalah Buku Panduan Ibu Mengandung dan Kesihatan Anak yang telah diedarkan oleh pihak Jepun di dalam kem pelarian di Syria.

Di Jepun, wanita yang didapati mengandung akan menerima buku panduan ini, yang dikenali sebagai “Buku Panduan Ibu Mengandung dan Kesihatan Anak”. Ini ialah buku nota di mana mereka boleh menyimpan rekod kesihatan mereka dan anak yang baru dilahirkan. Sistem Buku Panduan ini telah digunakan selama lebih daripada 70 tahun.

Semua ibu memerhati ketinggian dan berat yang ditulis di dalam buku panduan ini dan tersenyum manis melihat tumbesaran anak mereka, siapa di muka bumi ini yang sanggup berhasrat menjadikan anak yang sama sebagai penyebar ketakutan ketika mereka dewasa kelak?

Buku panduan ini adalah rekod doa ibu tersebut, yang mengharapkan anak mereka membesar dengan sihat. Ia memerlukan satu kuasa, kuasa yang menyempurnakan harapan ibu tersebut supaya hidup anaknya tidak sia – sia.

Kami telah mengedarkan Buku Panduan Ibu Mengandung dan Kesihatan Anak di kem pelarian di Palestin, Syria dan Jordan, berharap agar kasih sayang seorang ibu dapat mengubah tanah air yang kadang kala mencipta perasaan putus asa dan ketakutan.

Dan kami pasti bahawa sesetengah wanita masih terus menghargai Buku Panduan ini, menanam harapan – harapan tersebut dengan bersungguh – sungguh, walaupun semasa penghijrahan mereka.

Saya terpegun dengan konsep keselamatan manusia, yang bertujuan untuk memberi kuasa kepada setiap individu, telah membuahkan hasil, meskipun pahit.

3.

Tuan Presiden, Tuan – tuan dan Puan – puan,

Peraturan Perundangan dan prinsip kesamaan di dalam undang-undang adalah nilai yang dihormati lebih tinggi oleh Jepun berbanding lain. Penambahan prinsip-prinsip ini juga bermula dengan menaikkan keupayaan manusia.

Saya akan berkongsi dengan anda sebuah episod mengenai seorang wanita muda yang berusaha dengan gigih sebagai pembantu Jepun di dalam latihan kakitangan polis yang akan menjadi pendukung undang - undang.

Dalam menghentikan punca keganasan dan ketakutan, ianya penting untuk membentuk kakitangan polis yang baik dan organisasi polis yang baik. Dengan kepercayaan itu, kami telah menumpukan tenaga  di dalam pembentukan kakitangan polis di Afghanistan dan banyak tempat lagi.

Inilah yang Jepun telah lakukan secara berterusan di Demokratik Republik Congo sejak tahun 2004. Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, atau JICA, telah membantu di dalam latihan polis untuk pasukan polis negara tersebut sehingga ke hari ini.

Sehingga ke hari ini, lebih daripada 20,000 kakitangan polis telah menjalani latihan ini. Angka ini termasuk beberapa kakitangan polis wanita. Bekas askar bersenjata juga termasuk di dalam kumpulan ini, dalam angka yang bukan sedikit. Motto ialah untuk menjadikan “pasukan polis yang mesra dengan penduduk setempat”.

JICA bertanggungjawab di dalam membangunkan pelan latihan dan melaksanakannya, dan ianya konsisten dengan memberi kuasa kepada wanita untuk menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas bahagian orang Jepun di Demokratik Republik Congo.

Salah seorang wanita ini, sebagai contoh, telah dilihat sebagai “gergasi kecil” di mata rakan sekerja. Bergaul dengan kakitangan polis lelaki, beliau semestinya kelihatan kecil. Namun begitu, gelaran sebagai “gergasi” timbul kerana beliau tidak pernah mengalah terhadap segala kesukaran dan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu-isu, dan menggunakan sepenuhnya kebolehan berbahasa Perancis yang beliau miliki. Kakitangan polis negara tersebut menghormati beliau dan meletakkan kepercayaan terhadap beliau.

Sejak dua tahun yang lalu, di Perhimpunan Agung ini, saya telah menekankan kepada anda bahawa bendera baru Negara Jepun adalah “Penyumbang Proaktif kepada Keamanan berdasarkan prinsip kerjasama antarabangsa”. Wanita yang baru saya perkenalkan kepada anda adalah antara rakyat Jepun yang ada di barisan hadapan untuk memberi bakti terhadap tujuan ini.

Tuan – tuan dan puan – puan, saya tidak akan tewas dalam melihat wanita sebagai pemegang pelbagai peranan yang akan mengukir masa depan negara Jepun. Dalam bantuan luar yang telah dilaksanakan oleh Jepun juga, kami menekankan polisi dan tindakan yang memberi keselamatan, kesihatan dan ketenangan fikiran kepada golongan wanita dan menyokong hak kemanusiaan mereka.

Di negara-negara yang berada dalam proses pemulihan daripada perang saudara, wanita Jepun sedang menyumbang dengan cemerlang di dalam tugas membentuk individu-individu yang mendukung Peraturan Undang-undang. Saya amat berbangga dengan hal ini.

Mengambil kelebihan daripada berbagai-bagai peluang sehingga kini, saya telah mendesak komuniti antarabangsa untuk menjadikan abad ke 21 sebagai era di mana hak kemanusiaan wanita tidak dicabuli.

Hari ini, saya berbesar hati untuk melaporkan bahawa Jepun juga telah membuat keputusan ke atas Pelan Tindakan Terhadap Penyertaan dan Perlindungan Wanita, berdasarkan Resolusi 1325 Majlis Keselamatan Bangsa – Bangsa Bersatu.

Melindungi wanita dan gadis dari keganasan dan menyediakan mereka perkhidmatan kesihatan yang asas terdiri daripada perkara-perkara  yang sangat penting di dalam Pelan Tindakan Jepun.

Tambahan lagi, tahun ini, untuk tahun kedua berturut – turut, kami mengadakan Perhimpunan Sedunia untuk Wanita: WAW! 2015, di mana perbincangan penuh bermakna diadakan bagi tujuan mewujudkan masyarakat di mana wanita mencapai prestasi yang cemerlang.

4.

Tuan Presiden, Tuan – tuan dan Puan – puan,

Bukankah Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu merupakan tempat untuk “realis yang optimistik” berkumpul bersama – sama?

Pertubuhan ini tidak berputus asa terhadap masa hadapan. Ia juga tidak menoleh daripada keadaan sebenar. Dengan cara inilah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengukir sejarahnya selama 70 tahun.

Terdapat juga beberapa hal di mana saya juga tidak dapat membantu tetapi menyelidik keadaan sebenar secara langsung.

Yang pertama ialah berkaitan Korea Utara. Jepun akan bekerjasama dengan negara – negara yang berkaitan ke arah resolusi komprehensif untuk isu – isu yang dibangkitkan , termasuk isu penculikan, nuklear dan misil.

Tahun ini adalah tahun ke-70 sejak pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, tahun kami mengenang kembali kesedihan kami.

Bagaimanapun, amat dikesali, beberapa kawasan kelihatan bakal menjadi pertambahan gudang senjata nuklear tanpa ketelusan. Tambahan lagi, Persidangan Ulasan Parti kepada Perjanjian ke atas Tiada Penambahan Senjata Nuklear (NPT) tahun ini gagal untuk menunjukkan panduan bagi perlucutan dan tiada pertambahan nuklear pada masa akan datang.

Pengurangan senjata nuklear sepatutnya dilaksanakan  di antara A.S dan Rusia secara berterusan. Tetapi, Jepun akan terus-menerus bertegas sekeras-kerasnya bahawa negara-negara lain yang memiliki senjata nuklear juga perlu bertindak ke hadapan dalam mengurangkan gudang senjata mereka.

Dengan keazaman untuk menghapuskan senjata nuklear sepenuhnya, Jepun sedang menyediakan draf resolusi baru untuk promosikan tindakan bersama oleh komuniti antarabangsa. Saya tidak ragu-ragu resolusi ini akan  mendapat sokongan dari sebilangan besar negara.

5.

Tuan Presiden, Tuan – tuan dan Puan – puan,

Pada tahun di mana kita mengucapkan tahniah kepada PBB di atas ulangtahun ke 70 penubuhannya, satu gerakan penting berkaitan pembaharuan Majlis Keselamatan telah pun bermula.

Ketika sesi Perhimpunan Agung PBB yang lepas, sikap gigih yang ditunjukkan oleh individu – individu dan pelbagai negara yang berdedikasi mendalami perbincangan untuk membaharui Majlis Keselamatan. Tambahan pula, dua minggu lepas, di sini di dalam ruangan ini, semangat tersebut telah diserahkan ke sesi ini di mana keseluruhan perhimpunan telah memberi tepukan.

Berbekalkan semangat ini dan keyakinan saya tehadap peranan yang patut dimainkan oleh Jepun, saya akan terus maju ke arah di mana kami menyedari pembaharuan Majlis Keselamatan melalui kerjasama anda, Tuan Presiden, dan Rakan Negara, serta Jepun berhasrat untuk menjadi ahli tetap Majlis Keselamatan dan memberi sumbangan selari dengan kedudukan tersebut.

Pertama sekali, Jepun telah kekal sebagai negara yang cintakan keamanan  selama 70 tahun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, dan kami telah berjaya dalam menggalakkan keamanan dan kemakmuran di dunia.

Di Kemboja dan Timor-Leste, Jepun telah meletakkan ke hadapan usaha yang terbaik dalam urusan diplomatiknya, menghantar kakitangan untuk operasi pemeliharaan keamanan (PKO), dan kemudian, bantuan bertahun-tahun lamanya.

Terdapat tiga peringkat yang dikenali ketika perlaksanaan PKO. Pertama ialah peringkat membuat keputusan, untuk menentukan apa yang perlu dibuat dan di mana. Ini diikuti dengan persediaan yang diperlukan oleh kakitangan dan kewangan dan akhirnya kepada proses permulaan operasi sebenar.
 
Jepun berupaya untuk menjadi “Penghubung Jurang” yang menghubungkan jurang yang cenderung untuk wujud di antara setiap peringkat. Tambahan pula, Jepun mampu untuk memberi sumbangan positif dalam memainkan peranan utama memikul tanggungjawab ke atas apa yang diperkatakan dan dilakukan di setiap peringkat ini.

Pada masa ini di Sudan Selatan, anggota-anggota daripada unit kejuruteraan Pasukan Pertahanan Awam Jepun sedang memberikan usaha sepanjang masa. Di Kenya, pakar-pakar dari Pasukan Pertahanan Awam Darat sedang melatih anggota dari pasukan bersenjata Kenya, Uganda, Tanzania dan Rwanda dalam bagaimana cara yang terbaik untuk mengendalikan perkakasan kejuruteraan berat. Sesetengah operasi pemeliharaan keamanan telah menjadi buntu disebabkan perihal yang tidak dapat dielakkan di dalam keadaan di mana jalanraya dan jambatan telah musnah.

Jepun juga untuk bahagiannya kini telah menyediakan rangka domestic yang sah untuk membolehkannya memberi sumbangan kepada Operasi Pemeliharaan Keamanan dalam cara yang meluas untuk maju ke hadapan.

Kedua, Jepun menghargai “pemilikan” dan “perkongsian”.

Jepun telah bertegas selama bertahun-tahun lamanya dalam memerangi sikap putus asa dan memupuk kesejahteraan, dua aspek di mana niat parti – parti dan kerjasama antarabangsa adalah penting untuk kedua-duanya.

Semua orang mempunyai pemilikan iaitu mereka menentukan jalan hidup mereka sendiri, yang ini merupakan objektif utama kami. Dengan menekankan pendekatan inilah terhasilnya juga konsep menghargai “keselamatan manusia”.

Ketiga ialah Jepun sentiasa berusaha untuk menjadi negara yang mendengar secara aktif pendapat parti berkenaan.

Tiga hari lalu, saya telah mengadakan mesyuarat bersama dengan ketua-ketua negara, mempengerusi Komuniti Ekonomi Kawasan Afrika (RECs) , untuk tiga tahun berturut-turut.

Di Jepun, kami mengadakan perhimpunan untuk pembangunan Afrika yang maju dikenali sebagai TICAD – Persidangan Antarabangsa Tokyo dalam Pembangunan Afrika – yang telah diadakan selama 20 tahun. Pada tahun depan, saya akan mengadakan mesyuarat TICAD di Afrika untuk kali pertama, dan saya berhasrat untuk mendengar lebih banyak pendapat dari Afrika.

Malam tadi, saya juga telah menghadiri mesyuarat bersama ketua – ketua negara Kepulauan Pasifik. Kami telah berbincang beberapa perkara seperti meraikan “5 November, Hari Tsunami Sedunia” secara amnya dan mengadakan latihan dan menambahbaikkan keupayaan kami berkaitan dengan tsunami.

Kali pertama Jepun menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan ialah pada tahun 1958, dua tahun selepas Jepun menyertai Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Sekiranya Jepun terpilih sekali lagi pada musim luruh nanti dengan sokongan ihsan anda, ianya akan menjadi tempoh perkhidmatan kali ke-11 kami di Majlis Keselamatan.

Jepun merupakan negara yang sering kali menjadi subjek untuk ditinjau oleh rakan sekutu.
    
Ketiga – tiga ciri yang telah saya nyatakan tadi mewakili kekuatan Jepun yang boleh dipersetujui oleh semua hadirin di sini, memberikan kesan yang telah kami kecapi sepanjang perjalanan kami sejauh ini. Jepun berhasrat untuk menggunakan kekuatan ini untuk meneguhkan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu.

Rakyat Jepun merupakan rakyat yang melihat, dan akan terus melihat, dua huruf “UN” yang mempunyai kerlipan tertentu. Memegang tinggi bendera “ Penyumbang Proaktif kepada Keamanan berdasarkan prinsip kerjasama antarabangsa”, Jepun berazam untuk memikul pembaharuan Majlis Keselamatan dalam mengubah Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu untuk menjadi pertubuhan yang sesuai untuk abad ke 21, dan lagi, sebagai ahli tetap Majlis Keselamatan, menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi usaha yang hebat ke arah keamanan dan kemakmuran dunia.

Saya mengakhiri ucapan saya ini dengan mengharapkan persefahaman daripada anda.

Sekian terima kasih.

back to top

No.11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2177-2600