|
Halaman Utama > Mesyuarat NPDI Peringkat Menteri ke-8 |
Mesyuarat NPDI Peringkat Menteri ke-8 |
9 April 2014 Bahasa Malaysia Pada 11 dan 12hb April, Mesyuarat NPDI (Inisiatif Pengawalan dan Pelucutan Senjata) Peringkat Menteri dan acara-acara yang berkaitan akan berlangsung di Hiroshima. Ini adalah kali pertama mesyuarata NPDI peringkat menteri ini akan diadakan di Jepun, dan Menteri Luar Negeri Jepun, En. Fumio Kishida akan mempengerusikan mesyuarat ini. Gambaran Keseluruhan NPDI (Baca lebih lanjut [English]) Inisiatif Pengawalan dan Pelucutan Senjata (NPDI) telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan negara bukan serantau yang tidak memiliki senjata nuklear. (Objektif) Untuk merangka cadangan-cadangan praktikal melalui perbincangan menteri-menteri luar untuk menggalakkan pelaksanaan Pelan Tindakan yang telah dipersetujui pada Persidangan Semakan NPT 2010, dan untuk memimpin perbincangan global untuk mengurangkan risiko nuklear sebagai batu loncatan kepada dunia yang bebas senjata nuklear. (Negara-negara ahli) Jepun, Australia, Jerman, Belanda, Poland, Kanada, Mexico, Chile, Turki, UAE, Nigeria, Filipina (Jumlah keahlian: 12) I.Rangka Mesyuarat Peringkat Menteri NPDI ke-8 (Maksud, Tarikh dan Tempat) (Maksud) •Untuk menyediakan cadangan NPDI ke arah Jawatankuasa Persediaan akhir bagi Persidangan Semakan NPT pada tahun 2015, yang juga menandakan ulangtahun ke 70 pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. •Untuk menyampaikan mesej atas usaha-usaha ikhlas Jepun mengenai Pelucutan dan Pengawalan Senjata Nuklear ke arah dunia yang bebas senjata nuklear. •Untuk memberi peluang kepada menteri-menteri luar yang melawat Hiroshima mengetahui realiti pengeboman bom atom. (Tarikh) 10:40 pagi – 12hb April, 2014 II.Inisiatif Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear (NPDI) Maklumat terperinci NPDI (English) Sorotan Mesyuarat Lepas (English) III.Rujukan Video 8-12hb April, 2013, Menteri Luar Negeri Kishida Melawat The Hague dan London (English) 23-27hb September, 2013, Menteri Luar Kishida menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu edisi ke 68 (English) (Maklumat) Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) (English) Arkib Pelucutan Senjata Nuklear (English) “Dialog bersama Menteri Luar Negeri Kishida” (Universiti Nagasaki, 20hb Januari, 2014) (English) Mesyuarat NPDI (Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear) Peringkat Menteri ke 8 (Kenyataan Media) 14hb Mac, 2014) (English) |