| Japanese (日本語)
Halaman Utama > Kenyataan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun 

Kenyataan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun mengenai 

Pengambilan “Strategi Keselamatan Negara”


17 Disember, 2013

Bahasa Malaysia
  1. Hari ini, “Strategi Keselamatan Negara” telah diambil oleh Keputusan Kabinet serta Majlis Keselamatan Negara, dan “Garis Panduan Program Pertahanan Negara” baharu serta “Program Pertahanan Pertengahan Penggal” turut diambil berdasarkan Strategi Keselamatan Negara.


  2. Strategi Keselamatan Negara menetapkan dasar-dasar asas Jepun berkaitan dengan keselamatan negara, yang bertumpu pada dasar diplomatik dan dasar pertahanan. Ini adalah Strategi Keselamatan Negara pertama yang diambil oleh Kerajaan Jepun. Strategi Keselamatan Negara mengemukakan kandungan dasar “Sumbangan Proaktif terhadap Keamanan” berdasarkan prinsip kerjasama antarabangsa, dan ia juga bertujuan untuk menjamin pemahaman yang lebih baik daripada rakyat Jepun dan masyarakat antarabangsa terhadap dasar keselamatan Jepun.


  3. Strategi Keselamatan Negara menetapkan prinsip asas untuk keselamatan negara, iaitu untuk menjaga keselamatan Jepun serta keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik, selain menyumbang dengan lebih proaktif dalam melindungi keamanan, kestabilan dan kemakmuran masyarakat antarabangsa sebagai “Penyumbang Proaktif terhadap Keamanan” berdasarkan prinsip kerjasama antarabangsa. Jepun akan mengamalkan prinsip sedemikian dengan kerjasama rapat bersama Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang berkaitan, pada masa yang sama meneruskan pendekatan yang diambil Jepun sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, dan sebagai pemain utama dalam komuniti antarabangsa. 


  4. Kementerian Hal Ehwal Luar Negara akan teguh mengambil pendekatan strategik yang dikemukakan dalam Strategi Keselamatan Negara untuk mencapai keselamatan Jepun dan menyumbang secara lebih proaktif terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini serta komuniti antarabangsa. Kementerian amat berharap untuk mendapatkan pemahaman dan kerjasama daripada rakyat Jepun.


back to top

No.11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2177-2600