| Japanese (日本語)
Halaman Utama > Kenyataan oleh Perdana Menteri Abe

Kenyataan oleh Perdana Menteri Abe

- Ikrar Untuk Mengekalkan Keamanan -


26 Disember, 2013

Bahasa Malaysia

Hari ini, saya telah melawat kuil Yasukuni dan menlahirkan seikhlas takziah, penghormatan dan doa buat roh-roh mereka yang telah terkorban semasa berjuang untuk negara. Saya juga melawat Chinreisha, iaitu sebuah tugu peringatan dan berdoa untuk roh-roh mereka yang telah kehilangan nyawa dalam peperangan dan tidak ditempatkan di kuil Yasukuni tanpa mengira kerakyatan mereka.

Semasa berdoa untuk roh-roh mereka yang terkorban dalam perang, saya rasa amat bersyukur dengan keamanan yang dinikmati Jepun pada hari ini.

Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati Jepun pada hari ini tidak hanya dilakukan oleh mereka yang hidup sekarang. Keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini dibina di atas pengorbanan mereka yang berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak tersayang, dan memikirkan tentang ibu bapa yang telah membesarkan mereka.

Hari ini, setelah merenung sedalam-dalamnya, saya menyampaikan rasa hormat dan terima kasih saya dalam lawatan ini.

Jepun tidak seharusnya berperang lagi. Ini adalah pendirian saya berdasarkan kepada kesan buruk yang diterima pada masa lalu. Saya telah memperbaharui  azam saya di depan roh-roh korban perang  dan menegaskan ikrar untuk tidak berperang lagi.

Saya turut berikrar bahawa kita mesti mewujudkan satu zaman di mana kita bebas dari penderitaan selepas perang; Jepun mestilah menjadi negara yang berganding bahu dengan rakan-rakan di Asia dan seluruh dunia untuk mewujudkan keamanan di seluruh pelosok dunia.

Sepanjang 68 tahun selepas perang, Jepun telah menjadi negara berdemokrasi dan bebas, dan secara konsisten menuju jalan keamanan. Tiada ragu lagi bahawa kita akan terus melalui jalan ini. Di bawah semangat kerjasama antarabangsa, Jepun akan menunaikan tanggungjawabnya untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran seluruh dunia.

Malangnya, lawatan saya ke kuil Yasukuni telah menjadi isu politik dan diplomatik. Sesetengah orang mengkritik tindakan melawat ke kuil Yasukuni sebagai penghormatan kepada penjenayah perang, tetapi tujuan lawatan saya hari ini, pada ulangtahun pentadbiran saya, adalah untuk memberitahu roh-roh korban perang ini bagaimana pentadbiran saya telah bekerja selama setahun dan memperbaharui ikrar bahawa Jepun tidak akan berperang lagi.

Saya tidak berniat untuk menyakiti hati rakyat China mahupun Korea. Adalah menjadi harapan saya untuk sama-sama menghormati karakter masing-masing, melindungi kebebasan dan demokrasi, dan mewujudkan hubungan persahabatan dengan China dan Korea, sama seperti Perdana Menteri  sebelum ini yang telah melawat kuil Yasukuni.

Saya ingin meminta anda semua memahami mengenai perkara ini.

back to top

No.11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2177-2600