Satu ciri-ciri utama SSW (i) adalah kewujudan sistem sokongan menyeluruh di Jepun. Sesiapa sahaja yang datang ke Jepun sebagai SSW (i) akan menerima sokongan-sokongan berikut daripada majikan mereka, membolehkan mereka bekerja tanpa sebarang kebimbangan.
1. Sebelum tiba di Jepun, anda akan menerima bimbingan mengenai hidup di Jepun di dalam bahasa anda.
2. Sebaik anda tiba di Jepun, anda akan disambut di lapangan terbang, dan apabila anda pulang ke negara asal, anda akan dihantar ke lapangan terbang.
3. Sokongan juga ditawarkan untuk menyewa rumah dan membuka akaun bank, termasuk membeli telefon bimbit dan melakukan prosedur-prosedur penting lain semasa berada di Jepun.
4. Untuk menolong anda hidup di Jepun, kami akan menjalankan program orientasi mengenai peraturan dan adab masyarakat Jepun, bagaimana menggunakan pengangkutan di Jepun dan bagaimana bertindak balas sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi dll.
5. Sokongan juga akan diberikan untuk mendaftarkan diri sebagai residen di majlis perbandaran tempatan, prosedur menguruskan percukaian dan menyediakan sebarang dokumen.
6. Sokongan juga diberikan jika anda mahu mendalami bahasa Jepun.
7. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh berunding di dalam bahasa anda atau di dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan nasihat.
8. Anda juga dapat memanfaatkan peluang untuk berinteraksi dengan orang Jepun, jadi anda akan dapat membiasakan diri anda dengan cepat terhadap masyarakat Jepun.
9. Kami akan membantu anda mendapatkan tempat kerja baru jika majikan anda meminta anda meninggalkan kerja anda.
10. Kami sentiasa menjalankan mesyuarat dengan ketua sokongan SSW di syarikat untuk berunding dengan mereka di dalam bermacam isu.
Mengenai Organisasi Penerimaan
1. Kriteria bagi Organisasi Penerimaan untuk menjadi hos kepada orang asing
①Perjanjian pekerjaan dengan orang asing mestilah sesuai
②Organisasi itu sendiri mestilah sesuai (cth: tidak melanggar undang-undang buruh atau imigresen dalam masa 5 tahun terkini)
③Mempunyai sistem tersedia untuk menyokong orang asing (cth: boleh menyediakan sokongan dalam bahasa yang orang asing boleh faham)
④Rancangan untuk sokongan terhadap orang asing adalah sesuai (cth: termasuk orientasi kehidupan harian dll.)
2. Tanggungjawab Organisasi Penerimaan
①Terma perjanjian pekerjaan dengan orang asing dipenuhi (cth: kesesuaian pembayaran gaji)
②Sokongan sesuai ditawarkan kepada orang asing
→Perkhidmatan sokongan boleh ditugaskan kepada Organisasi Sokongan Berdaftar
Jika semua perkhidmatan adalah ditugaskan kepada syarikat luar, terma 1-③ mestilah dipenuhi.
③Pelbagai borang dihantar kepada Agensi Perkhidmatan Imigresen
Nota: Organisasi yang gagal memenuhi tanggungjawab ① hingga ③ tidak dibenarkan untuk menerima orang asing dan akan menerima bimbingan atau arahan penambahbaikan daripada Agensi Perkhidmatan Imigresen.
Mengenai Organisasi Sokongan Berdaftar
1. Kriteria pendaftaran
①Organisasi itu sendiri mestilah sesuai (cth: tidak melanggar undang-undang buruh atau imigresen dalam masa 5 tahun terkini)
②Mempunyai sistem tersedia untuk menyokong orang asing (cth: boleh menyediakan sokongan dalam bahasa yang orang asing boleh faham)
2. Tanggungjawab Organisasi Sokongan Berdaftar
①Sokongan sesuai ditawarkan kepada orang asing
②Pelbagai borang dihantar kepada Agensi Perkhidmatan Imigresen
Nota: Organisasi yang gagal memenuhi tanggungjawab ① atau ② mungkin akan dinyahdaftar.
Video berikut telah dihasilkan sebelum Mac 2022. Pada April 2024, “Komponen Pemesinan dan Peralatan” telah ditukar kepada "Pembuatan Produk Perindustrian".