Apakah Status Residensi SSW?

Visa dan Status Residensi

Sebagai peraturan umum, rakyat asing yang ingin memasuki Jepun perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Jepun (organisasi Kementerian Luar) di negara asing tersebut. Walau bagaimanapun, hanya dengan memperolehi visa, belum menjadi jaminan untuk memasuki Jepun. Apabila anda tiba di Jepun, anda perlu menjalani pemeriksaan yang diperlukan di lapangan terbang dll. oleh Agensi Perkhidmatan Imigresen dari Kementerian Kehakiman. Oleh itu anda perlu mendapatkan Status Residensi yang selari dengan aktiviti yang akan anda lakukan selama berada di Jepun. Visa dan Status Residensi adalah dua prosedur berasingan di bawah bidang kuasa organisasi berbeza. Sistem SSW yang dibentangkan di dalam halaman ini adalah jenis Status Residensi yang baru diwujudkan. SSW mempunyai dua jenis, "Pekerja Mahir Spesifik SSW" - (i) dan (ii).

Keterangan SSW

Mereka yang layak bekerja di Jepun sebagai SSW mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, sihat tubuh badan, mempunyai kemahiran untuk memulakan kerja dengan segera tanpa perlu dilatih terlebih dahulu.
Seperkara lagi, terdapat satu sistem lain yang dipanggil “Latihan Pelatih Teknikal”, diwujudkan dengan tujuan sumbangan antarabangsa, di mana pekerja akan menerima pelbagai latihan melalui latihan semasa bekerja (OJT) di Jepun, dan akan berkongsi kepakaran teknikal Jepun apabila pulang ke negara asal. Terdapat laluan bagi mereka yang berjaya menamatkan sejumlah latihan menerusi sistem ini untuk menukar status residensi SSW (i) di dalam bidang yang sama tanpa perlu menduduki ujian bagi kemahiran kerja dan kemampuan berbahasa Jepun. Sila rujuk carta berikut untuk perbezaan utama antara SSW (i) dan (ii).

Pekerja Mahir Spesifik

SSW (i): Status residensi bagi orang asing yang terlibat dalam pekerjaan yang menuntut kemahiran yang memerlukan pengetahuan atau pengalaman dalam bidang industri tertentu.
SSW (ii): Status residensi bagi orang asing untuk terlibat dalam pekerjaan yang menuntut kemahiran tinggi dalam Bidang Industri Tertentu.

Tempoh tinggal di Jepun SSW (i) : Sehingga jumlah 5 tahun
SSW (ii) : Tiada had menetap tetapi perlu diperbaharui
Tahap kemahiran SSW (i): Disahkan melalui ujian (orang asing yang tamat Latihan Pelatih Teknikal (ii) dikecualikan dari ujian)
SSW (ii) : Disahkan melalui ujian dsb.
Tahap kemampuan bahasa Jepun SSW (i) : Kemampuan bahasa Jepun diperlukan untuk kehidupan seharian, kerja dll. disahkan melalui ujian
SSW (ii) : Tidak perlu disahkan melalui ujian dsb.
Pengiringan oleh keluarga SSW (i): Tidak dibenarkan secara asas
SSW (ii): Dibenarkan jika memenuhi syarat (Pasangan, anak)

SSW (i): Layak mendapat sokongan dari Organisasi Penerimaan atau Organisasi Sokongan Berdaftar

Pekerjaan yang membenarkan anda bekerja di Jepun sebagai seorang SSW
Pekerjaan tertentu yang membenarkan anda bekerja sebagai seorang SSW ditunjukkan di bawah bagi setiap 16 kategori bidang. Ambil perhatian bahawa hanya SSW (i) tersedia dalam (untuk) bidang “Penjagaan Kejururawatan”, “Perniagaan Pengangkutan Kereta”, “Keretapi”, “Perhutanan” dan “Industri Perkayuan”.

Di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan

  • Penjagaan KejururawatanSebagai tambahan kepada penjagaan fizikal (membantu mandi, makan, perkumuhan badan dll. bergantung kepada keadaan fizikal dan mental pengguna), sebarang khidmat sokongan berkenaan ini (rekreasi, bantuan latihan kefungsian dll.)

  • Pembersihan BangunanPembersihan dalaman bangunan

Di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri

  • Pembuatan Produk Perindustrian ・Pemesinan dan pemprosesan logam
    ・Pemasangan peralatan elektrik dan elektronik
    ・Rawatan permukaan logam
    ・Pembuatan kotak kadbod (karton) dan kotak beralun
    ・Pembuatan konkrit pratuang
    ・Pembuatan RPF (bahan api pejal daripada buangan kertas dan plastik)
    ・Pembuatan pinggan mangkuk dan perhiasan tembikar
    ・Pencetakan / penjilidan buku
    ・Pembuatan tekstil fabrikasi
    ・Jahitan

Di bawah bidang kuasa Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan

  • Pembinaan・Kejuruteraan awam
    ・Bangunan
    ・Kemudahan & peralatan infrastruktur

  • Pembinaan Kapal dan Industri Mesin Lautan・Pembinaan kapal
    ・Jentera kapal
    ・Peralatan elektrik dan elektronik kapal

  • Pembaikan dan Penyelenggaraan KeretaPenyelenggaraan harian kereta, Penyelenggaraan berkala, Penyelenggaraan yang disahkan, Kerja-kerja asas tambahan kepada penyelenggaraan yang disahkan

  • PenerbanganPengendalian darat di lapangan terbang (perkhidmatan sokongan pemanduan darat, perkhidmatan pengendalian bagasi/kargo dll.), penyelenggaraan pesawat (perkhidmatan penyelenggaraan pesawat, peralatan, dll.)

  • PenginapanPenawaran perkhidmatan berkenaan penginapan termasuk kerja penyambut tetamu, perancangan dan perhubungan awam, khidmat pelanggan, khidmat restoran dll.

  • Perniagaan Pengangkutan Kereta・Pemandu lori
    ・Pemandu teksi
    ・Pemandu bas

  • Keretapi・Pembinaan dan penyelenggaraan rel (trak)
    ・Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan elektrik
    ・Penyelenggaraan dan baik pulih gerabak (rolling stock)
    ・Pembuatan gerabak (rolling stock)
    ・Kerja-kerja operasi keretapi (konduktor, pemandu dan pekerja terlibat secara langsung dengan keretapi / operasi gerabak)

Di bawah bidang kuasa Kementerian Agrikultur, Perhutanan dan Perikanan

  • AgrikulturPertanian tanaman umum (pengurusan tanaman, pengumpulan/penghantaran/pemilihan produk agrikultur dll.), penternakan umum (pengurusan makanan ternakan, pengumpulan/penghantaran/pemilihan produk ternakan dll.)

  • Perikanan dan AkuakulturPerikanan (pembuatan/pembaikan alat penangkapan ikan, mencari haiwan atau tumbuhan akuatik, mengoperasikan alat penangkap ikan/mesin penangkap ikan, mengumpulkan haiwan dan tumbuhan akuatik, memproses/menyimpan tangkapan, memastikan keselamatan dan kesihatan dll.), akuakultur (pembuatan/pembaikan/pengurusan peralatan akuakultur, menguruskan penanaman/penuaian/pemprosesan haiwan dan tumbuhan akuakultur, memastikan kesihatan dan keselamatan dll.)

  • Pembuatan Makanan dan MinumanPembuatan makanan dan minuman umum (pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman (tidak termasuk minuman beralkohol), kesihatan dan keselamatan)

  • Industri Perkhidmatan MakananPerkhidmatan makanan umum (penyediaan makanan dan minuman, khidmat pelanggan, pengurusan stor)

  • PerhutananPerhutanan (penanaman, pengeluaran hasil balak dsb.)

  • Industri PerkayuanPemprosesan kayu seperti dalam industri pengilangan papan dan industri papan lapis dsb.

Blossom! in Japan.

Video berikut telah dihasilkan sebelum Mac 2022. Selepas April 2024, terdapat 16 bidang perindustrian.

  • Play movie in a new window:14 in demand occupations
  • Play movie in a new window:Specified Skilled Workers supported in work & life
  • Play movie in a new window:utilize your skills experience
Page Top