Mahukah anda memanfaatkan kemahiran anda sepenuhnya di Jepun?
Pada April 2019, Jepun telah melaksanakan status baru kategori residensi iaitu Pekerja Mahir Spesifik (SSW) bertujuan untuk mengalu-alukan pekerja mahir dari luar negara untuk bekerja dengan segera di bidang-bidang tertentu di Jepun. Halaman ini berkongsi maklumat bagi sesiapa sahaja yang mahu terlibat di dalam peranan aktif di Jepun menggunakan kepakaran dan kemahiran yang dipupuk selama ini.
12 kategori yang layak untuk memohon SSW ini
Anda boleh bekerja di Jepun sebagai seorang SSW di dalam 12 kategori berikut.Daripada yang berikut, "Industri Bahan dan Pemprosesan", "Industri Pembuatan Mesin Industri", dan "Industri Elektrikal, Elektronik dan Maklumat" telah digabungkan ke dalam satu kategori pada Mei 2022.