Sebelum pergi ke Jepun sebagai seorang SSW

Gambaran umum proses

Di bawah adalah gambaran umum proses sehingga anda bekerja di Jepun sebagai seorang SSW. (Carta aliran di bawah adalah penerangan mengenai SSW (i).) Harap maklum, prosedur mungkin sedikit berbeza berdasarkan negara. Sesetengah negara mungkin mempunyai prosedur tempatan mereka sendiri (untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Kedutaan Jepun di setiap negara atau agensi di negara asal anda yang bertanggungjawab menghantar pekerja ke luar negara).

Mula-mula, syarat-syarat bagi orang asing secara peribadi adalah seperti berikut. Mereka mestilah berumur 18 tahun atau lebih, mesti lulus ujian kemahiran dan ujian kemampuan bahasa Jepun (orang asing yang tamat Latihan Pelatih Teknikal (ii) dikecualikan dari ujian), mestilah bukan residen selama 5 tahun atau lebih sebagai Pekerja Mahir Spesifik (i), mestilah tidak pernah dikenakan deposit atau menandatangani kontrak yang menyatakan penalti kewangan dan jika membayar kos sendiri, pastikan faham isi kandungan.
									Di bawah adalah gambaran umum proses sehingga anda bekerja di Jepun sebagai seorang SSW. Orang asing yang ingin membuat kemasukan baru ke Jepun setelah lulus ujian (kemahiran dan bahasa Jepun) di luar negara (orang asing yang tamat Latihan Pelatih Teknikal (ii) dikecualikan dari ujian) boleh memasuki perjanjian pekerjaan dengan Organisasi Penerimaan setelah samada memohon tawaran kerja secara langsung atau menggunakan perkhidmatan pencarian kerja agensi pekerjaan swasta.
									Seterusnya, setelah permohonan dibuat untuk mengeluarkan Sijil Kelayakan Status Residensi (permohonan secara proksi dijalankan oleh kakitangan Organisasi Penerimaan), Biro Perkhidmatan Imigresen Daerah akan menghantar Sijil Kelayakan Status Residensi kepada Organisasi Penerimaan. Kemudian, hantar Sijil Kelayakan Status Residensi yang telah dihantar kepada anda oleh Organisasi Penerimaan dll. kepada Kedutaan atau Konsulat Jeneral Jepun untuk memohon visa. Setelah ini diperiksa dan diluluskan, langkah seterusnya melibatkan pengeluaran visa, masuk ke Jepun dan memulakan kerja di Organisasi Penerimaan

  • ※1Ujian terhadap kategori kerja di dalam bidang tertentu
  • ※2- Ujian Bahasa Jepun Asas Japan Foundation (Japan Foundation)
    - Ujian Kemampuan Bahasa Jepun (Level N4 atau lebih tinggi) Japan Foundation & Japan Educational Exchanges and Services)
  • ※3 ◯ Mesti berumur 18 tahun atau lebih
    ◯ Mesti lulus ujian kemahiran dan ujian kemampuan bahasa Jepun (orang asing yang tamat Latihan Pelatih Teknikal (ii) dikecualikan dari ujian)
    ◯ Mesti bukan residen selama 5 tahun atau lebih sebagai Pekerja Mahir Spesifik (SSW) (i)
    ◯ Mesti tidak pernah dikenakan deposit atau menandatangani kontrak yang menyatakan penalti kewangan
    ◯ Jika membayar kos sendiri, pastikan faham isi kandungan.
    dll.
  • ※4 ◯ Hadir ke orientasi kehidupan harian oleh Organisasi Penerimaan dll.
    ◯ Daftar sebagai residen di pejabat perbandaran tempat tinggal anda
    ◯ Buka akaun bank untuk bayaran gaji
    ◯ Mencari rumah
    dll.

Mengenai ujian

①Ujian untuk menilai kemahiran bahasa Jepun (SSW (i) sahaja)

Untuk mendapatkan status residensi sebagai Pekerja Mahir Spesifik (SSW) (i), anda perlu lulus Ujian Bahasa Jepun Asas oleh Japan Foundation (JFT-Basic) atau lulus Level N4 Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun (JLPT), yang dijalankan samada di Jepun atau di negara lain. (Tidak diperlukan untuk SSW (ii))

* Bagi kerja di bidang Rawatan Penjagaan, anda juga perlu lulus Ujian Penilaian Bahasa Jepun untuk Rawatan Penjagaan.

②Ujian Kemahiran

Untuk melayakkan anda mendapat status residensi sebagai Pekerja Mahir Spesifik (SSW), anda perlu lulus ujian kemahiran bagi setiap bidang tertentu tersebut, yang dijalankan samada di Jepun atau di negara lain.

Blossom! in Japan.

Video berikut telah dihasilkan sebelum Mac 2022. Selepas April 2024, terdapat 16 bidang perindustrian.

  • Play movie in a new window:14 in demand occupations
  • Play movie in a new window:Specified Skilled Workers supported in work & life
  • Play movie in a new window:utilize your skills experience
Page Top